Tuesday 1 November 2011

PUASA SUNAT DI BULAN DZULHIJJAH

Mengikut ustaz dan dalam ceramah-ceramah agama, kita disarankan untuk berusaha berpuasa sunat di awal Dzulhijjah kerana ada banyak kebaikannya.  Sebagai peringatan diri dan semua yang ingin menunaikan ibadah ini, kita kongsilah informasi ini.

Sepatutnya bermula dari 1 Dzulhijjah.  Tapi lupa pula.  Oleh kerana hari ni dah masuk hari kelima, mula dari hari ni la.

Mengikut Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda bahawa kebaikan berpuasa di hari berikut pada bulan Dzulhijjah adalah seperti di bawah:
  • 5 hb Dzulhijjah - orang yang berpuasa akan terlepas dari nifaq dan akan beroleh keamanan dari siksa kubur
  • 6  hb - Allah membuka segala kebajikan bagi Nabi-nabi. Allah akan memandang sesiapa yang berpuasa dengan kerahmatan.
  • 7 hb - hari ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka hingga 10 hb.  Sesiapa berpuasa, akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan ditutup 30 pintu kesempitan.
  • 8 hb - bersamaan hari Tarwiyah.  Sesiapa yang berpuasa akan mendapat ganjaran baik yang hanya diketahui Allah swt.
  • 9 hb - bersamaan hari Arafah.  Sesiapa berpuasa akan mendapat penghapusan dosa selama setahun.

8 comments:

  1. Laa!!
    Tapi memang nak puasa besok. Insyaallah sampai 9hb nanti.
    Tq ya.

    ReplyDelete
  2. Salam Alin.
    Insyaallah. Sesuatu yang baik elok diikut.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Sama2lah kita beramal ibadah.

    ReplyDelete
  4. Salam Alin.
    Ya, alhamdulillah.
    Tq ya di atas ingatannya.

    ReplyDelete
  5. Salam Alin.
    Kita puasa sehari jer!

    ReplyDelete
  6. Salam Alin.
    Saya berkesempatan juga melakukan ibadah ini.

    ReplyDelete
  7. Salam Alin.
    Alhamdulillah. Kita usahakanlah yang baik.

    ReplyDelete