Tuesday 1 November 2011

PUASA SUNAT DI BULAN DZULHIJJAH

Mengikut ustaz dan dalam ceramah-ceramah agama, kita disarankan untuk berusaha berpuasa sunat di awal Dzulhijjah kerana ada banyak kebaikannya.  Sebagai peringatan diri dan semua yang ingin menunaikan ibadah ini, kita kongsilah informasi ini.

Sepatutnya bermula dari 1 Dzulhijjah.  Tapi lupa pula.  Oleh kerana hari ni dah masuk hari kelima, mula dari hari ni la.

Mengikut Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda bahawa kebaikan berpuasa di hari berikut pada bulan Dzulhijjah adalah seperti di bawah:
  • 5 hb Dzulhijjah - orang yang berpuasa akan terlepas dari nifaq dan akan beroleh keamanan dari siksa kubur
  • 6  hb - Allah membuka segala kebajikan bagi Nabi-nabi. Allah akan memandang sesiapa yang berpuasa dengan kerahmatan.
  • 7 hb - hari ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka hingga 10 hb.  Sesiapa berpuasa, akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan ditutup 30 pintu kesempitan.
  • 8 hb - bersamaan hari Tarwiyah.  Sesiapa yang berpuasa akan mendapat ganjaran baik yang hanya diketahui Allah swt.
  • 9 hb - bersamaan hari Arafah.  Sesiapa berpuasa akan mendapat penghapusan dosa selama setahun.

Saturday 8 October 2011

TERFIKIR SAJA

Ekonomi dunia sedang menurun dan tidak menggalakkan.  Kesannya sudah pun impakkan Malaysia dengan turunnya kadar pertumbuhan yang ketara pada suku kedua ini.

Bajet yang diumumkan semalam akan menelan belanja perlaksanaan yang sungguh besar.  Walaupun ganjaran yang dijanjikan agak menarik, mampukan ia dilaksanakan?

Memang benar ini adalah bajet pilihanraya.  Biarpun pertumbuhan menguncup, perancangan belanja adalah amat besar.  Jadi jalan pintas nanti ialah dengan berhutang.

Jelas sekali ini perancangan yang dibuat adalah tidak bijaksana.  Jika dilakasnakan akan hanya membebankan generasi akan datang. 

Wednesday 21 September 2011

PENUH DENGAN ORANG LUAR

Sekarang ni mana-mana kita pergi mesti jumpa oang Bangla, orang Indon, orang India, dan orang Nepal.  Kadang-kadang jumpa orang Burma, orang Cambodia.  Orang Siam tak payah cakap la!

Heran juga ya!  Sana sini penuh dengan orang-orang luar yang bukan diperanakkan di Malaysia. 

Yang lebih menghairankan lagi, ramai pula bertaraf penduduk tetap dan waganegara Malaysia.  Mereka yang bekerja di rumah-rumah orang, kedai, restoran dan sebagainya dengan bangga menunjukkan taraf kerakyatan mereka.

Pelik sungguh!  Di dalam kad pengenalan mereka tercatit sebagai mereka warganegara yang dilahirkan di luar negara.  Kod dua angka diantara tarikh lahir dan empat digit terakhir memang tecatit dengan jelas!

Saturday 17 September 2011

BLOGGING

Finally I decided to register too.  I am into blogging just for whatever the craze is all about.  Hehe.